Monday, 20 May 2019

Keindahan Ramadan Zaman Kanak-kanak

Dah 15 Ramadan. Cepat masa berlalu. Teringat zaman kanak-kanak dulu, sekitar tahun 80an-90an.
Bila dah tiba separuh bulan berpuasa biasanya dah beberapa keping kad ucapan Selamat Hari Raya diterima.
Dalam kami empat beradik, saya rasa yang si bongsulah yang paling tak kisah dengan kad raya ni. Cool aje dia. Maybe orang lelaki begitu kot.
Berbeza sungguh dengan kami 3 beradik perempuan ni. Setiap hari ternanti-ternanti akan kehadiran abang posmen. Berbunyi je motor di depan rumah, maka berlarilah kami bertiga menjenguk. Senyum je bila abang posmen hulur berkeping-keping sampul putih.
Kami terus membelek-belek. Ada yang kecil, ada yang sederhana besar. Ada macam-macam gambar. Cantik-cantik semuanya. Kami terus mengasingkan mengikut nama yang tertera. Ada untuk FY, FH dan FZ. Untuk cikgu Yusof? Ada jugak.
Kami bertiga ni sebenarnya berlumba-lumba antara satu sama lain. Kalau boleh setiap masa nak tanya 'Yong dah dapat berapa?'. Lepas tu yong pulak tanya kat adik-adik 'kome dah dapat berapa?'... Hehehe gitulah tiap kali Ramadan.
Ralit mengira kad raya. Berbunga-bunga di hati. Kalau bilangan yang yong terima sedikit berbanding adik-adik, tercabar juga rasanya
Tapi, biasanya FZ lah menang. Dah dia yang paling rajin kirim kad raya, dialah yang paling banyak dapat balasan. Kalau ada yang beri kepada dia, sedangkan dia tak beri pun kad kepada orang tu maka dia akan segera beli kad raya tambahan untuk membalas.
Macam tu lah indahnya Ramadan zaman dahulu. Siap ada pantun lagi :
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas
Pecah kaca pecah tong
Sudah baca harap gantung

Tengah syok susun kad tiba-tiba...

"Mana orang yang sapu telur ni?"
"Siapa yang tukang tengok biskut dalam oven? Rentung nanti!"
"Cepat tolong mama tekap tart!"

Haaa...maka berlarilah semula kami semua ke dapur menghadap bancuhan yang ditinggalkan tadi.
Manisnya kenangan lalu🌹🌹🌹

*Pinjam gambar Google





Friday, 10 May 2019

Kenangan Ramadan

Ramadan tiba. Kenangan mengusik jiwa.

Kisah zaman kanak-kanak sekitar tahun 80an.

"Yong, tolong mama buat kuih ni"

Kita pun bangun. Tinggalkan bantal. Tinggalkan tv. Menghadap pelbagai bancuhan di dapur.

Dah siap kuih...

"Yong, tolong hantar kuih ke kedai"

Maka, berkayuh la kita ke kedai di tepi parit tu. Melalui kedai runcit yang selalu dipenuhi para pemuda yang melepak. Silap haribulan, kita disakat. 

"Dik, tayar berpusing. Hati-hati"

Hehehe..ntah apa-apa. Kalau tayar tak berpusing, tak bergerak la basikal, kan. So, balik rumah dalam keadaan teresak-esak. Kenapa saya menangis? Entahlah. Saya pun tak faham kenapa saya menangis.

Sekarang ni, sengih sorang-sorang bila teringat kenangan-kenangan tu. Indah!

Tapi, dalam banyak-banyak kerja yang saya kena buat tu...yang paling letih ialah masa buat kuih. Bukan  letih sebab tak bertenaga. Tapi letih melawan nafsu. Inti karipap dan gula melaka pun boleh buat menggigil lapar! Geram je tengok. Rasa nak ngap seketul dua gula melaka tu.

Selamat berpuasa dan selamat beribadah kawan-kawan. Semoga Ramadan kali ini lebih baik berbanding dulu.








Monday, 6 May 2019

Rawatan Gigi Menjelang Ramadan.

Setelah bertahun tak dating dengan dentist, akhirnya Rabu minggu lepas saya menyerah diri. Tapi sedih sebab klinik gigi kesayangan saya tutup memandangkan Rabu tu cuti Hari Pekerja. Maka, terpaksalah saya ke klinik lain.

Itu adalah kali pertama saya ke situ dan...takpelah. Saya tak mahu bercerita panjang. Cukuplah saya katakan ia agak 'menyeramkan' dan 'lucu'. Hehehe..

Yang pelik, sakit gigi yang saya tanggung sejak hari Isnin lenyap tak lama selepas saya tiba di rumah. Disebabkan itu, saya putuskan untuk tidak mulakan pengambilan antibiotik yang diberi (Pandai-pandai je kan)

Ahad, 5 Mei dengan gembiranya saya ke klinik gigi kesayangan saya. Mana lagi kalau bukan Klinik Pergigian Sett. Saya tak kisah pun akan dirawat oleh mana-mana dentist di situ kerana ketiga-tiga mereka saya dah biasa. Dah selesa (Dua lelaki + seorang perempuan). Walaupun ayahnya (dentist paling berusia di situ) pernah cakap kepada saya "Gigi untuk makan, ma. Bukan untuk cabut"...saya tak pernah ambil hati. Hihihi..

Istimewanya klinik ini adalah kerana ketiga-tiga dentist menjelaskan secara terperinci keadaan gigi pesakit dan terperinci juga dijelaskannya segala pilihan yang ada. Maksudnya, kalau pesakit kata nak cabut gigi, mereka tak terus cabut. Sebaliknya, mereka check kesemua gigi(bukan yang sakit je) dan sekiranya gigi yang ingin dicabut tu masih boleh diselamatkan, mereka akan inform kita dan jelaskan apa rawatan yang boleh dibuat. Mereka ni sehabis daya tak mahu pesakit buang gigi sebab banyak kesan tak baik apabila gigi mula dibuang satu-persatu.

Dalam kes saya, dentist maklumkan bahawa gigi saya tak boleh dicabut. Walaupun rasa berdenyut datang sekali-sekala, tetapi apabila gigi tersebut diketuk rasa sakitnya ya amat sangat. Jadi, itu tandanya ada jangkitan kuman di dalam.

"You ingat tak masa you datang dulu untuk cabut tapi you tak rasa kebas walaupun dah bius?"

Of course saya ingat walau dah beberapa tahun berlalu. Pengalaman ngeri! So, itu kesannya jika gigi cuba dicabut semasa jangkitan kuman masih belum clear. Jadi, pilihan yang ada ialah ambil antibiotik dan habiskan.

Saya diperjelaskan dengan options yang ada...yang lebih baik dari membuang gigi tersebut. Katanya, gigi saya masih boleh diselamatkan iaitu dengan membuat rawatan akar. Biasanya 2-3 sesi kalau kita buat rawatan ini. Gigi akan dibersihkan, kuman akan dinyahkan. Selepas tu akan mula repair lubang yang ada. Untuk jaga gigi tersebut crown akan disimenkan dengan gigi. Anggaran kos bagi rawatan ini ialah RM600 untuk 2-3 sesi rawatan + RM1k untuk crown. So, total RM1600.

Pilihan kedua ialah gigi palsu. Ketawa dentist tu bila saya tanya "Kena cabut semua gigi ke untuk buat gigi palsu?"

"Eh, taklah. Kita nak selamatkan gigi. Tak nak buang gigi. Takkanlah kita nak cabut semua gigi pulak untuk buat gigi palsu". Tak berhenti lagi dentist tu ketawa.

Hehehe..terasa amat tidak cerdik soalanku tadi.

Rupanya, gigi palsu ni akan dibuat di kawasan gusi yang dah kehilangan gigi sahaja. Tak semestinya gigi palsu seperti yang saya selalu tengok dalam iklan dan drama di mana ianya gigi palsu yang penuh. Boleh buat bridge juga. Untuk kos gigi palsu ni, RM200 untuk base(gusi palsu) dan RM20 atau RM45 untuk sebatang gigi.

Yang ketiga ialah implan iaitu tanam gigi. Kosnya RM5k.

Telan air liur saya dibuatnya. Betapa mahalnya harga rawatan gigi. Betullah kata orang PREVENTION IS BETTER THAN CURE. Tapi apa nak buat, dah berlaku pun. Nak tak nak kena lalui juga.

"So, doktor suggest yang mana?"

"Rawatan akar". Confident saja dentist tu dan dalam masa yang sama sebelum dia jawab saya memang dah tertarik dengan rawatan akar sebenarnya.

"So, apa yang saya kena buat sekarang?"

"You balik dulu. Habiskan antibiotik. hari ni memang tak boleh cabut. Sementara tu you boleh fikir nak buat rawatan yang mana. Dah habis antibiotik, you datang balik. Kalau nak cabut pun boleh cabut, kalau nak buat rawatan akar boleh set appointment. Clear?"

Sungguh puas hati dengan penjelasan tersebut. Detail sungguh rekod yang ada dalam simpanan mereka sehinggakan semua masalah yang pernah berlaku dulu semuanya ada. Di tambah pula dapat tengok sendiri macamana rupa crown, gigi palsu (ada 3 jenis), bridge dan gigi implan.

Itulah istimewanya mereka bertiga. They educate patient. Rekod patient lengkap. Dan bonusnya ialah pada lembut dan manis wajah mereka bertiga, lembut tutur kata dan friendly. Kita tak rasa takut dan tak serik untuk datang lagi. Oh, lupa pulak. Kos bagi cabut gigi ialah RM60 atau mungkin lebih sedikit bergantung kepada kesukaran mencabut gigi tu.

Ok, kepada yang memerlukan rawatan gigi, boleh rujuk gambar ye.

Klinik Pergigian Sett



Crown



Bridge



Implan


*Gambar dari Google

Sunday, 5 May 2019

Angan-angan Jadi Realiti - Projek Lavender

Dari kecil saya memang amat suka membaca. Novel, majalah, suratkhabar...semua saya baca. Dah semacam satu ketagihan dah.

Menginjak usia remaja, novel menjadi bahan bacaan utama saya. Pada masa tu tulisan Ahadiat Akashah memang nombor 1 di hati. Kagum dengan penulisannya yang berjaya menambat hati. Saya mulai ada keinginan untuk menulis. Manalah tahu nanti boleh bertemu penulis pujaan hati saya tu. Hehehe. Maka, angan-angan menjadi penulis mulai berputik. Makin lama makin kuat.

Masuk tingkatan 4, Bahasa Melayu memang subjek yang saya nanti-nantikan selain dari Matematik dan Lukisan Kejuruteraan. Bila kena tulis karangan, rasa seronok ya amat. Mencurah-curah idea. Tak kisahlah kalau cerita saya tak best pada pandangan orang lain. Yang saya tahu saya seronok. Saya lega bila dapat menulis.

Masa di Shah Alam, angan-angan tu pudar. Entahlah kenapa. Tapi, keinginan untuk memiliki buku sendiri tu kuat semula pada tahun 2011. Ya, mungkin pada masa tu pelbagai ujian besar datang menimpa. Satu-persatu. Memang bertimpa-timpa hingga saya rasa tak tertanggung. Jadi, saya perlu satu cara untuk melepaskan tekanan tu.

Saya mula mengenali Prof. Kamil (Muhd Kamil Ibrahim) melalui buku beliau Bersyukur Saat Diuji. Saya mulai mengumpul buku-buku Prof. Kamil dan isteri beliau, Puan Roza roslan. Sejak itu, angan-angan yang pudar tu mekar kembali.

Mengambil kesempatan adanya Facebook, saya mula follow dan berkawan dengan mereka yang terlibat dalam bidang penulisan pada tahun 2016. Hinggalah tiba suatu hari, saya terlihat iklan pencarian manuskrip oleh Doktor Noor Hayati Yasmin (Dua Penulis PLT)

Tema yang dikehendaki ialah KANSER. Agak berat. Tapi, memandangkan saya ada menyimpan kenangan tentang arwah kakak ipar yang tewas dengan kanser, menyebabkan saya cuba-cuba menulis dan hantar penyertaan.

Alhamdulillah, 1 Januari 2018 saya terima satu e-mail menyatakan bahawa karya saya terpilih untuk diterbitkan. Happy? Dah tentu! Umpama mimpi jadi realiti. Saya tak sangkan angan-angan ketika usia 15 tahun menjadi realiti di ketika usia saya 38 tahun. Syukur atas nikmat dan rezeki tak terduga yang Allah beri. Satu perasaan yang sukar digambarkan bila melihat buku sendiri terpamer di rak buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

Dan, syukur sekali lagi. Buku pertama saya, Projek Lavender telah dianugerahkan Buku Umum Terbaik(Kategori Inspirasi) sempena Anugerah Buku Negara 2019. Walaupun ia adalah buku yang ditulis secara berjemaah(22 orang penulis), ia adalah nikmat yang perlu disyukuri. Saya anggap ia adalah pencetus semangat untuk saya terus melangkah dalam dunia penulisan ini. Semoga saya diredhai dan dibantu Allah dalam setiap urusan. InsyaAllah.


Projek Lavender diterbitkan pada tahun 2018 oleh Dua Penulis PLT.

Cara Cuci Dakwat Marker Pen

Hari ini semasa berjalan-jalan di FB, terjumpa satu petua. Terus teringat satu kejadian masa Afiq kecik dulu.

Di dinding itulah (bawah cermin) dia conteng guna marker pen. Menangis maknya 😂

Masa tu saya cuci dengan macam-macam jenis sabun. Tapi tak hilang. Akhirnya, saya dan suami cat semula dinding tu. Rupanya, ini petua untuk hilangkan kesan dakwat marker pen. Salah rupanya cara saya dulu. Patutlah tak hilang.



Boleh save petua ni ye kawan-kawan buat simpanan sendiri. Manalah tahu, kot anak-anak main cikgu-cikgu nanti😁

Saturday, 4 May 2019

Kaki Drama - Kamar Kamariah

Aku ingin menjadi sabar seperti Qhalif.
Aku ingin menjadi setabah Kamariah.

Pengakhiran cerita yang sangat banyak pengajaran. Menonton episod akhir drama ini, saya terasa seperti ini adalah teguran dari Allah.

Jadilah insan pemaaf walau kepada insan yang menghancurkan dan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan kita.




Tetaplah berlemah-lembut dan menjaga tutur kata serta perbuatan walau kepada insan yang berlaku zalim terhadap kita.

Watak Kamariah yang dilakonkan oleh Nabila Huda dan Qhalif lakonan Syafie Naswip menyampaikan mesej positif dan nilai kemanusiaan kepada penonton. Mereka seolah-olah berkata 'buatlah begini kepada mereka yang menzalimi kamu', 'maafkan mereka walaupun mereka telah menyakiti kamu sekian lama'. Saya faham didikan yang ingin disampaikan. Tapi, sebagai insan yang lemah, bukan mudah nak lupa segala kesengsaraan yang ditanggung akibat dizalimi terutamanya oleh mereka yang bukan orang asing.

Murad pula (lakonan Fizz Fairuz) sempat menyesali perbuatannya dan bertaubat. Hembusan nafas terakhirnya ketika/sebaik selesai solat. Indahnya pengakhiran seorang insan yang sepanjang kehidupannya asyik bergelumang maksiat dan berlaku zalim kepada isteri dan anak.

Sekali lagi, masih ada drama Melayu yang berbaloi ditonton. Saya akui, saya belajar banyak perkara dari drama ini. Siapa kata drama Melayu semuanya sia-sia? Carilah yang positif, nescaya positiflah yang kita perolehi.






'Tidak penting bagaimana ia bermula kerana pengakhiranlah yang menjadi penentu nasib kita di sana'

Azam Baru Dalam Penulisan

3 tahun blog ini ditinggalkan sepi. Tergelak saya apabila membaca kembali entri-entri yang ada. 

Manakan tidak...saya sendiri rasa terganggu membaca tulisan sendiri akibat ejaan yang dipendekkan. Dan hari ini saya kembali dengan azam untuk menggunakan ejaan penuh. 

Ya, saya dah berubah!

Semoga perubahan ini membawa kebaikan kepada saya dan kita semua. InsyaAllah...

Monday, 2 December 2013

Geraham ku..

Salam..Setelah beberapa minggu  menanggung sakit gigi, akhirnya Jumaat yg lalu tdk tertanggung lagi rasanya...Lalu sy pun menyerah diri kpd sang dentist..Uhhhh...geraham bongsu ku rosak...

Cerita pasal geraham bongsu ni mmg x habis2...Sebabnya ia mula tumbuh ketika saya di tingkatan 5. Sampai demam dibuatnya... Yang x habis2 ceritanya adalah disebabkan tumbuhnya x habis2...x sempurna...Dahla senget...Sikit2 tumbuhnya...tiap kali tu la menanggung sakit...gusi yg luka... Dan disebabkan tumbuhnya senget... Kulit pipi pun selalu ulser sebab tergigit terlalu kerap...

sebaik sang dentist berkata, "Wah...u punya geraham sudah rosak"...dia terdiam umpama memikirkan sesuatu yg sukar utk diperkatakan... Sah... Memang dah jangka..
 "Tapi cabut ini gigi mahal sikit.RM80."
 "Kenapa?"
 "U punya gigi tumbuh senget. Jadi kita kena potong"
Hah??? Degup jantung bertambah laju...Nak balik ke...nak teruskan... Kalau balik...silap haribulan malam nanti x tidur lagi dibuatnya...Silap haribulan...esoknya datang balik menghadap sang dentist.

Ahhh...hadap je la...
"Lama x?"
"Dalam 1/2 jam ke satu jam"
"Wah...lamanya uncle!Eh sorry...sy dh biasa panggil jiran sy uncle"
"xpa..xpa.."

Hahaha...nasib baik tersasul... Boleh bergelak ketawa...Hilang rasa takut...

Maka proses pun bermula... Dan x sampai setengah jam... Lampu pun ditutup.

"Eh..siap ke?X sampai setengah jam pun"
Sang dentist senyum je...
Mesti menakutkan sy je ni...Ishhh...pandai juga uncle ni bergurau ye.

Lalu sy pun melangkah keluar menghala kaunter pembayaran. Walaupun x lama, seriau juga kali ni sbb mesin apa tah sang dentist ni guna di kiri dan kanan sy.Rasanya amat ngilu... Dan ini lah kali pertama sy terpaksa mkn antibiotik setelah cabut gigi... A rare case kot... X pe la. Mkn je la...Yang pasti, tidur mlm sy sekali lagi terganggu kerana sakit akibat pembedahan kecil tu... Namun, alhamdulillah...setelah itu, tidur sy nyenyak... Selamat malam semua :-)

Thursday, 21 November 2013

FACEBOOK after DEATH

Hampir seminggu pemergian kakak, sy menerima panggilan telefon dr suaminya yang memohon bantuan sy n suami utk menutup akaun FB arwah kakak. Errr...camane ye?Mcm x tahu jeee.

Jenuh sy n Ayus mencuba mcm2 cara...tp rumit n x berhasil pun.Akhir nya sy mohon bantuan dr rakan2 FB...dan berjaya akhirnya...Alhamdulillah...X susah pun cuma ada borang yg perlu diisi secara on9 ke FB n had to upload death cert.

Keesokan pg nya, Ayus maklumkan bhw FB acc kakak...oppsss arwah kakak(belum biasa menyebut 'arwah kakak') dah tiada...Syukur...sekurang2nya sy dpt bntu kakak walaupun setelah ketiadaannya.Tiada rasa ralat lebih2 lg sepanjang kakak terlantar,setiap minggu tanpa gagal kami bergilir2 menjaga kakak.Suapkan makanam minuman,ubat,tukar diaper,bantu nurse membersihkan najis dll.Syukur...Allah memberi sy n kami semua kekuatan utk menjaga kebajikan kakak sehingga hujung hayatnya...Cuma satu...sy rasa seolah2 kakak masih bersama kami...Yg menyedarkan sy akan hakikat kematian kakak adalah apabila hujung minggu kami bkn lagi di hospital.

Allah...Kau tempatkanlah kakak ku dikalangan hambaMu yg beriman...Ampunkanlah sgl dosanya, Terimalah sgl taubatnya. Permudahkanla sgl urusannya disana...Amin...:(


Friday, 15 November 2013

Kau pergi jua, kakak...

Tanggal 12 November merupakan tarikh penuh bermakna kerana pd tarikh itu lah mama dilahirkan. Mama...merupakan insan istimewa yg sering berada di sisi sy pd bila2 masa shj diperlukan. Sehingga kini, setelah sy bergelar isteri & mama kpd cahaya mata sy, Afiq, mama tetap berada di sisi. Betapa beruntungnya sy

Namun, 12 November yg lalu merupakan tarikh yg jauh lebih bermakna kerana kakak ipar sy yg telah terlantar lebih kurang 4 bulan melawan penyakit kansernya telah pergi menghadap penciptanya.

Pada pagi itu, panggilan telefon dr suami sy bukanlah satu panggilan yg sy tunggu kerana tdk ada perkara penting utk kami bincangkan melalui telefon. Maka sebaik telefon berbunyi dan nama serta gambar suami terpapar di skrin telefon, hati rasa gundah. Benar seprti yg dijangka. Perkhabaran itu yg disampaikan suami.

Selang beberapa minit kemudian, satu lagi panggilan telefon sy terima. Suara yg bergetar dihujung talian cukup utk menggambarkan betapa dia berat utk menerima pemergian kakak.

Namun, semua telah dijangka memandangkan kakak telah beberapa hari tidak boleh makan & minum secara normal. Kakak juga telah beberapa hari tidak sedar. Hujung minggu dimana sy berada di hospital, tidak sedikit [pun suara kakak kedengaran. Semua ini berlaku setelah kakak diserang sawan pd Rabu, 16 November, hari pertama anak-anak didik sy berada di medan pertempuran SPM.

Serta merta sakit gigi yg st tanggung sejak beberapa hari itu hilang. Air mata bergenang namun sy berjaya menahannya dari tumpah. Alhamdulillah.

Jenazah kakak diuruskan sepenuhnya oleh pihak hospital. Setelah itu, dibawa pula ke kediaman mentuanya. Setibanya sy di sana, sy benar2 tdk dpt menahan sebak melihat tubuh itu terbujur kaku...tidak lagi bernyawa. Bertambah sebak melihat anak2nya yg bermain berkejaran tidak memahami erti sebenar sebuah kematian.

Sebelum masuknya Asar, jenazah kakak selamt tiba di masjid utk solat jenazah. Dan sekitar 6 petang, segalanya selesai. Alhamdulillah... Syukur Ya Allah. Engkau telah permudahkan urusan pengkebumiannya.

Al-Fatihah buat kakak. Semoga kakak tenang disana & ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman.


Tuesday, 22 October 2013

Kakak gagal beri respon.

Salam.
Di kala ini, hati rasa resah. SMS dr abah cukup utk membuatkan sy & suami x senang duduk. Abah minta kami bacakan yasin utk kakak krn kakak nampak spt nak nazak.

Kakak x mkn, x minum, x bercakap, x mkn ubat dan mata tertutup rapat sejak jam 11 pagi td.Namun dia masih bernafas.

Allah..Allah..Allah...
Bantulah kakak ipar ku Ya Allah.
Ringankanlah penderitaannya Ya Allah.
Kurniakan dia & kami kekuatan Ya Allah.
Permudahkanlah segala urusannya Ya Allah.



Monday, 21 October 2013

"Kami minta maaf, pakcik..."

"Kami minta maaf, pakcik... Sampai sini shj yg dpt kami bantu..."
"Berapa lama dia dpt bertahan doktor?
...
...
...
Allah..Allah..Allah...
Para doktor telah membuat keputusan bahawa kakak boleh dibawa balik setelah ucapan maaf berkali-kali dari mereka.

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...

Ya Allah...Kurniakan lah kekuatan kepada kakak agar dia dpt melawan penyakitnya.
Ya Allah...Kurniakan lah kami kekuatan agar kami redha dgn sgl ketetntuanMu.

Dari Allah kita datang.
KepadaNya jualah kita kembali...

Thursday, 10 October 2013

Sudah jatuh ditimpa tangga...

Salam.

Dugaan datang bertimpa-timpa... Benar-benar menguji kesabaran.

Sehari selepas kakak dimasukkan ke hosp, kereta Waja milik abah hilang di kawasan hospital. Keesokan harinya pula, kereta mertua kakak terbakar. Allahuakbar...

Kini, pd hari ini, di saat ini, kereta Myvi milik sy pula rosak. Dikala entri ini ditulis, sy sdg menunggu afiq makan dan selepas ini akan kembali ke tempat kereta rosak td utk mengambil suami yg menunggu pomen di situ. Astaghfirullah...

Allah sedang menduga mu...kakak..

Salam pertemuan.
Alhamdulillah...setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kpd yg Maha Berkuasa kerana telah mengizinkan sy utk kembali menulis di blog yg telah hampir setahun sy tinggalkan....

Di tika ini, hati sy benar-benar tersentuh, sedih & pelbagai perasaan yg tdk dpt sy gambarkan. Mutiara jernih itu amat mudah mengalir secara sedar atau tidak.

Dikala diri sendiri menanggung rasa sakit yg amat sgt & ditambah dengan tindak balas mereka yg ada disekeliling sy yg adakalanya merentap semangat yg susah payah dibina, sy tiba2 menjadi seorang yg agak sensitif.

Kakak...

Kakak...

Kakak...

Sy tidak punya kakak krn sy lah kakak. Satu-satunya kakak yg sy ada adalah kakak ipar sy yg kini sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser.

Setahun yg lalu, kakak disahkan mengidap kanser payudara tahap 3. Kegembiraan kami sekeluarga direntap. Namun, setelah pelbagai usaha dibuat, kakak disahkan bebas dr penyakit itu. Alhamdulillah.

Namun, Ramadhan 2013 yg dinantikan bertukar kelam. Kakak diserang strok yg menyebabkan anggota tubuh bahagian kirinya menjadi lemah. Dalam keadaan kakak yg sedang mengandung, keadaannya ketika itu amat memilukan. Kakak ditahan di hosp.

Kakak terlantar sejak itu. Dari hospital, kakak dijaga oleh mak abah (mentua sy) di rumah.

Di pagi 1 Syawal, kakak menghantar pesanan SMS kpd kami ; sy & suami dan adik2 serta iparnya yg lain. Kakak mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian kami menjaga & membantunya yg kini hilang upaya. Kakak juga memohon maaf kerana Syawal kali ini bukanlah Syawal yg terindah. Empangan mutiara jernih itu pecah jua.

3 September, 1 pagi, kakak dikejarkan ke hospital akibat kegagalan fungsi rahang yg menyebabkan kakak tidak dapat membuka mulutnya. Dalam kesakitan, sy gagahkan diri menuruti suami ke hospital pd keesokan harinya, berpura-pura gagah di hadapan mak, abah dan kakak.

7 September, baby dlm kandungan kakak yg baru berusia 6 bln lebih dipaksa keluar melihat dunia sblm wkt utk memberi laluan kpd para doktor membuang ketumbuhan di kepala kakak. Pembedahan terpaksa dicepatkan dr tarikh asal apabila kakak gagal memberi respon kpd org kelililng. Allahuakbar.

8 September, sy menggagahkan diri melawat kakak di ICU. Allah..Allah..Allah..Kakak kelihatan berbeza benar. Empangan air mata sy dan suami pecah lagi.

14 September, kakak menjerit apabila kaki kanannya disentuh. Hati berasa tidak sedap. Keesokan harinya, ditakdirkan menjadi rezeki sy dan suami apabila doktor yg merawat kakak kelihatan di katil kakak. Lalu doktor menunjukkan imej scan bahagian pinggang ke kaki kakak. Tulang patah!  Menurut doktor, mungkin kesan kanser yg menyebabkan tulang kakak menjadi rapuh dan patah dgn hanya tekanan lembut. Allahuakbar.

Mendengar erangan dan jeritan kakak tiap kali dalam keadaan sedar dan pd tiap kali diaper ditukar benar2 meruntun hati sesiapa sahaja yg mendengar. Bukan shj kami, ahli keluarganya...malah pelawat2 lain yg melawat pesakit lain turut menitiskan air mata. Keadaan itu menyebabkan morfin disuntik bila perlu... Bukan lagi 4 jam sekali. Allah...ringankan ujian nya Ya Allah. Kurangkanlah kesakitannya Ya Allah.

Sewaktu anak-anak kakak, Damia 5, Nabiha 3 & Muaz 2 dibawa melawat kakak atas permintaan kakak dan kebenaran doktor, suasana amat memilukan. Abah kelihatan bungkam... Kakak sempat berpesan pd anak-anaknya supaya berkelakuan baik. Kakak juga berkali-kali menyebut "A'a..mama sayang A'a..."... Sayu...Pilu... Apakah nasib keempat-empat anak kakak? Hanya Allah mengetahui.

Kelmarin, abah menghantar pesanan SMS kpd kami semua, anak menantunya. Doktor memaklumkan hasil dr ujian MRI yg dijalankan pd ketika sy dan suami berada bersama kakak mendapati bahawa sel-sel kanser telah merebak ke merata tubuh badan termasuk tulang belakang dan hati. Rentetan itu, sebarang pembedahan termasuk implan yg telah dirancang dibatalkan kerana ianya membahayakan kakak. Doktor juga memaklumkan bahawa mereka tidak dpt memastikan berapa lama kakak dpt bertahan. Dan doktor juga berpesan kpd abah utk memaklumkan keadaan itu kpd kakak... Allah..Allah..Allah... Allahuakbar. Kami harus bersedia... Ya...bersedia menghadapi sebarabg kemungkinan...

Allah.. kurniakan kakak kekuatan utk melawan rasa sakitnya...
Allah.. kurniakan kami kekuatan agar kami sabar, redha, bersyukur dalam menghadapi segala ujian Mu...






Sunday, 30 September 2012

Bersyukur Saat Diuji



Alhamdulillah...sgt2 gembira & berbesar hati apabila dpt memiliki buku ini setelah jenuh kesana kemari dan berulang kali ke Pustaka Syafi Kuala Kangsar. Pergi sekali xde. Pergi lagi...xde juga... Tp pergi juga utk kali ke-3 dan seterusnya krn yakin buku ni ada di kedai tu sbb buku2 lain oleh Muhd Kamil Ibrahim ni ada kat kedai tu. Akhirnya.. kelmarin... rasa mc nk melompat kat dlm Pustaka Syafi tu bila nampak buku ni. Mmg tersengih sy kat kedai tu... X tau le ada yg perasan ke tak. 

Apa istimewanya buku ni? Sangat istimewa dan terlalu istimewa. Knp? Kerana buku ini benar2 telah berjaya membuka minda sy dan yg paling penting...ia telah mengubah persepsi sy dlm memahami dan menerima ujian yg sedang sy lalui. 

Penulis bnyk mendidik pembaca secara lembut dan halus melalui penulisannya. Benar... Seseorang yg sedang melalui ujian tdk blh dilayan dgn kasar kerana kekasaran juga yg akan dibalas akibat emosi yg tdk stabil ekoran ujian tersebut. Pendekatan secara lembut dan halus adalah paling tepat kerana pd ketika dilanda ujian, hati seseorang menjadi terlalu sensitif. Kelembutan akan meninggalkan kesan mendalam pd hati mereka yg sedang dilanda ujian. 

Hal-hal keagamaan juga bnyk disentuh secara tdk langsung yg pd hemat sy objektifnya adalah utk berdakwah kpd para pembaca. Bnyk juga hal ehwal agama yg sy x pernah tahu sblm ni tp dpt sy pelajari dr buku ini. 

Membaca buku ini terasa amat santai. Penulis mmg bijak bermain dgn bahasa. UJIAN atau MUSIBAH adalah satu perkara yg amat BERAT utk dihadapi, dilalui dan ditanggung tetapi penulis berjaya membuang rasa sedih, gelisah, gundah gulana yg sy hadapi. Terasa amat tenang. Dan akhirnya sy sedar, ujian yg Allah anugerahkan buat sy ini, hanyalah utk insan2 terpilih. Dan penulis berjaya membuatkan sy rasa bertuah kerana menjadi insan terpilih ini... Sukar utk sy gambarkan dgn kata2 ttg keistimewaan buku ini. Ianya terlalu istimewa. Kerana itu sy bertekad utk memiliki buku ini walaupun sy telahpun membaca buku ini terlebih dahulu. Tujuannya hanya satu...supaya sy dpt membacanya berulang-ulang kali. Sy benar2 berharap agar sy dpt menjadi seorang manusia yg sentiasa positif dalam pemikiran, perbuatan, tindakan, percakapan dan segala-galanya kerana sy sedar kini...hanya dgn menjadi POSITIF masalah sy akan selesai. 
POSITIF sgt berkait rapat dengan REDHA dan TAWAKAL. Krn itu setiap manusia yg diuji perlu kembali ke jalan Allah dan kerana itu sy amat bersyukur kerana dipilihNya utk menerima ujian ini. Alhamdulillah. Satu demi satu hikmahnya telah sy rasai...walaupun Allah belum izinkan sy utk sembuh sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sy mampu bertahan. Alhamdulillah.



Friday, 28 September 2012

AdamHawaAdamHawaAdamHawa...




First time bc novel ni mmg meruntun jiwa.... Entah berapa kali khatam pun sy x ingat...tp dlm bnyk2 novel Aisya Sofea mmg Adam & Hawa merupakan favourite sy...

Yang bestnya...ms bc novel tu...dlm fikiran terbayang2 Aaron Aziz yg mainkan watak Adam sbb Aaron mmg selalu bw watak nakal, suka menyakat dan mengenakan org. Mmg sy suka tgk dia bawa watak begitu.
Masa tu berkata-kata sndri dlm hati...xde ke sesiapa yg nak adaptasi novel ni? Punya la obses kan...

Rupanya...hajat(atau lebih sesuai 'angan-angan' kot) sy tu kesampaian bila 1 hari dlm Mei yg lalu ms dok Google pasal Aisya Sofea...terjumpa FB Adam & Hawa.

http://www.facebook.com/AdamHawaDrama

Wahhh....bkn kepalang gembira rasanya... Dan yg paling..paling...membuatkan sy excited ialah.... heronya ialah AARON AZIZ!!!! Hah...mcm x percaya pulak.

So, bermulalah episod Adam & Hawa... Walau x dpt tonton di ASTRO, sy akan marathon tonton A&H pd hujung minggu....4 episod sekaligus... Hehehe...

Mmg kagum dgn Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (yg mula sy minat sejak dia berlakon filem Cun bersama Maya Karin & Remy Ishak)... Mmg menjadi watak mereka berdua. Mmg apa yg sy tonton sama spt apa yg saya bayangkan semasa membaca novel tersebut. Hahh...bestnya.

Dalam bnyk2 episod...Episod 10, 11 dan 20 yg sy sgt2 suka(buat masa ini). Sy touching ok! Aaron mmg berjaya buat sy 'sob..sob..sob'...Huhuhu.. Jom layan episod 20. Sediakan tisu sblm menonton ye...

http://malaysianbite.blogspot.com/2012/09/video-youtube-adam-hawa-episod-20.html








Sunday, 12 August 2012

Begedil lagi...

Salam Ahad...

Menu bersahur hari ni ialah nasi goreng cina + begedil... Masya Allah... Betul2 terbuka selera... Dah nk hbs Ramadhan ni baru sedar...selera sy subuh2 ni ialah makanan bergoreng..tak kisah la mee goreng ke..nasi goreng ke..apa2 je..tambah lak ada begedil yg merupakan favourite sy & family... Bertambah-tambah makan... Kalau makan nasi berlauk tu... 2 suap pun tak lalu...

Sebenarnya ada kisah disebalik begedil ni... dari dulu lagi mmg sy amat menggemari makanan ni... Sua la pd bila masa pun..confirm tak tolak... So, sejak mula berkahwin lagi mmg kerap masak begedil. Suami pun suka.. Tapi nak jadi cerita, anak pulak tak suka... Bila paksa dia makan... sampai muntah-muntah...

Tapi kali ini berlainan pulak... Punyalah si anak suka begedil ni sampaikan dari berbelas ketul begedil ni sy goreng...tinggal dlm 5,6 ketul je dia tinggalkan utk sy dan suami... Hehehe...baru tau ye begedil ni sedap! Dan akibatnya...thari smlm si anak minta sy masak lagi begedil. Dan kali ni sy masak lebih bnyk dr hari mula2... Tapi, sama je kesnya... 5 ketul sekali gus dia makan... Dan termasuk mlm td... dah 2 hari dia berbuka begedil je... tak sentuh nasi langsung... Hehehe.. Takpelah..janji dia kenyang...

Di waktu entri ni ditulis, si anak masih belum bgn lagi... Nak tunggu juga...adakah dia akan minta mama nya ni masak begedil lagi hari ni???




Saturday, 4 August 2012

Ingat 5 PERKARA sebelum 5 PERKARA

Salam...

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang menikmati bulan Ramadhan sehingga hari ke-15 hari ini.. Semoga diberi peluang menikmati Ramadhan sehingga ke penghujung dan juga bagi tahun2 berikutnya.

Hari ini, pagi2 lagi hati merasa sayu. Entah kenapa teringat kata2 anak murid smlm.. "Mak Dina meninggal.."... Dina merupakan salah seorang anak murid sy yg tdk bnyk menimbulkan masalah.. Nakal2 skit tu biasalah... Punca kematian ibunya ialah demam panas. Tersentak sekejap. Demam sehingga meragut nyawa? Itulah kuasa Allah... Yg sihat walafiat namun blh pergi hnya krn demam yg disangkakan demam biasa..tp bertukar menjadi demam panas...

Teringat saat2 getir dlm hidup sy lebih kurang 5, 6 bulan yg lalu. Ketika itu, setiap hari sy membayangkan kematian. Setiap hari sy anggap seperti hari terakhir utk sy bernafas di muka bumi ini. Takutnya... hanya Allah yg tahu... Menangis..menangis..dan menangis... Hati berdebar2 takut.. Apa nk jawab bila disoal di dlm kubur nanti?

Tapi Alhamdulillah...Allah masih beri peluang sy bernafas sehingga ke hari ini..Ramadhan ke-15... Walaupun beberapa nikmat telah Allah tarik balik...namun sy bersyukur dgn keadaan diri sy pd hari ini... Setidak-tidaknya sy sentiasa beringat. Jika Allah terus-terusan biarkan sy dlm nikmat itu dan ini tanpa ujian...mungkin sy akan leka dan lupa destinasi sebenar seorang hamba Allah.

Teringat kata2 sy kpd anak2 murid semalam...


SAKIT sudah

TUA sudah
(30an kira tua la kan)

MISKIN tu tidaklah... tp beribu-ribu juga habis utk proses rawatan

SEMPIT sudah

MATI...semua manusia akan merasai mati..

Maka marilah kita bersiap sedia menghadapi saat yg satu itu...yg tidak terlewat atau tercepat walau sesaat... Kita tak tahu perjanjian kita dgn Allah kan!

Selamat Beramal!!!

Sunday, 22 July 2012

Ramadhan datang lagi

Salam Ramadhan...

5 bulan yg lalu, sy menyangka bahawa Ramadhan 2011 adalah yg terakhir buat sy... Namun alhamdulillah... Allah beri sy peluang utk merasai Ramadhan kali ini & sy yakin ianya bkn sekadar nikmat tp merupakan peluang kedua bt sy...

Ya Allah..berilah aku kekuatan utk beribadah sebanyak & sekerap mungkin dlm bulan yg mulia dan penuh keberkatan ini... Tetapkanlah dan kukuhkanlah iman ku... Kurniakanlah aku kesembuhan... Berilah aku peluang utk menjadi manusia yg lebih baik dan bimbinglah aku ke arah itu... Amin..

Salam Ramadhan buat semua... Semoga beroleh keberkatan.. :)