Saturday, 4 May 2019

Kaki Drama - Kamar Kamariah

Aku ingin menjadi sabar seperti Qhalif.
Aku ingin menjadi setabah Kamariah.

Pengakhiran cerita yang sangat banyak pengajaran. Menonton episod akhir drama ini, saya terasa seperti ini adalah teguran dari Allah.

Jadilah insan pemaaf walau kepada insan yang menghancurkan dan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan kita.




Tetaplah berlemah-lembut dan menjaga tutur kata serta perbuatan walau kepada insan yang berlaku zalim terhadap kita.

Watak Kamariah yang dilakonkan oleh Nabila Huda dan Qhalif lakonan Syafie Naswip menyampaikan mesej positif dan nilai kemanusiaan kepada penonton. Mereka seolah-olah berkata 'buatlah begini kepada mereka yang menzalimi kamu', 'maafkan mereka walaupun mereka telah menyakiti kamu sekian lama'. Saya faham didikan yang ingin disampaikan. Tapi, sebagai insan yang lemah, bukan mudah nak lupa segala kesengsaraan yang ditanggung akibat dizalimi terutamanya oleh mereka yang bukan orang asing.

Murad pula (lakonan Fizz Fairuz) sempat menyesali perbuatannya dan bertaubat. Hembusan nafas terakhirnya ketika/sebaik selesai solat. Indahnya pengakhiran seorang insan yang sepanjang kehidupannya asyik bergelumang maksiat dan berlaku zalim kepada isteri dan anak.

Sekali lagi, masih ada drama Melayu yang berbaloi ditonton. Saya akui, saya belajar banyak perkara dari drama ini. Siapa kata drama Melayu semuanya sia-sia? Carilah yang positif, nescaya positiflah yang kita perolehi.






'Tidak penting bagaimana ia bermula kerana pengakhiranlah yang menjadi penentu nasib kita di sana'

No comments:

Post a Comment