Hari ini semasa berjalan-jalan di FB, terjumpa satu petua. Terus teringat satu kejadian masa Afiq kecik dulu.
Di dinding itulah (bawah cermin) dia conteng guna marker pen. Menangis maknya ๐
Masa tu saya cuci dengan macam-macam jenis sabun. Tapi tak hilang. Akhirnya, saya dan suami cat semula dinding tu. Rupanya, ini petua untuk hilangkan kesan dakwat marker pen. Salah rupanya cara saya dulu. Patutlah tak hilang.
Boleh save petua ni ye kawan-kawan buat simpanan sendiri. Manalah tahu, kot anak-anak main cikgu-cikgu nanti๐


No comments:
Post a Comment