Friday, 15 November 2013

Kau pergi jua, kakak...

Tanggal 12 November merupakan tarikh penuh bermakna kerana pd tarikh itu lah mama dilahirkan. Mama...merupakan insan istimewa yg sering berada di sisi sy pd bila2 masa shj diperlukan. Sehingga kini, setelah sy bergelar isteri & mama kpd cahaya mata sy, Afiq, mama tetap berada di sisi. Betapa beruntungnya sy

Namun, 12 November yg lalu merupakan tarikh yg jauh lebih bermakna kerana kakak ipar sy yg telah terlantar lebih kurang 4 bulan melawan penyakit kansernya telah pergi menghadap penciptanya.

Pada pagi itu, panggilan telefon dr suami sy bukanlah satu panggilan yg sy tunggu kerana tdk ada perkara penting utk kami bincangkan melalui telefon. Maka sebaik telefon berbunyi dan nama serta gambar suami terpapar di skrin telefon, hati rasa gundah. Benar seprti yg dijangka. Perkhabaran itu yg disampaikan suami.

Selang beberapa minit kemudian, satu lagi panggilan telefon sy terima. Suara yg bergetar dihujung talian cukup utk menggambarkan betapa dia berat utk menerima pemergian kakak.

Namun, semua telah dijangka memandangkan kakak telah beberapa hari tidak boleh makan & minum secara normal. Kakak juga telah beberapa hari tidak sedar. Hujung minggu dimana sy berada di hospital, tidak sedikit [pun suara kakak kedengaran. Semua ini berlaku setelah kakak diserang sawan pd Rabu, 16 November, hari pertama anak-anak didik sy berada di medan pertempuran SPM.

Serta merta sakit gigi yg st tanggung sejak beberapa hari itu hilang. Air mata bergenang namun sy berjaya menahannya dari tumpah. Alhamdulillah.

Jenazah kakak diuruskan sepenuhnya oleh pihak hospital. Setelah itu, dibawa pula ke kediaman mentuanya. Setibanya sy di sana, sy benar2 tdk dpt menahan sebak melihat tubuh itu terbujur kaku...tidak lagi bernyawa. Bertambah sebak melihat anak2nya yg bermain berkejaran tidak memahami erti sebenar sebuah kematian.

Sebelum masuknya Asar, jenazah kakak selamt tiba di masjid utk solat jenazah. Dan sekitar 6 petang, segalanya selesai. Alhamdulillah... Syukur Ya Allah. Engkau telah permudahkan urusan pengkebumiannya.

Al-Fatihah buat kakak. Semoga kakak tenang disana & ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman.


No comments:

Post a Comment