Friday, 10 May 2019

Kenangan Ramadan

Ramadan tiba. Kenangan mengusik jiwa.

Kisah zaman kanak-kanak sekitar tahun 80an.

"Yong, tolong mama buat kuih ni"

Kita pun bangun. Tinggalkan bantal. Tinggalkan tv. Menghadap pelbagai bancuhan di dapur.

Dah siap kuih...

"Yong, tolong hantar kuih ke kedai"

Maka, berkayuh la kita ke kedai di tepi parit tu. Melalui kedai runcit yang selalu dipenuhi para pemuda yang melepak. Silap haribulan, kita disakat. 

"Dik, tayar berpusing. Hati-hati"

Hehehe..ntah apa-apa. Kalau tayar tak berpusing, tak bergerak la basikal, kan. So, balik rumah dalam keadaan teresak-esak. Kenapa saya menangis? Entahlah. Saya pun tak faham kenapa saya menangis.

Sekarang ni, sengih sorang-sorang bila teringat kenangan-kenangan tu. Indah!

Tapi, dalam banyak-banyak kerja yang saya kena buat tu...yang paling letih ialah masa buat kuih. Bukan  letih sebab tak bertenaga. Tapi letih melawan nafsu. Inti karipap dan gula melaka pun boleh buat menggigil lapar! Geram je tengok. Rasa nak ngap seketul dua gula melaka tu.

Selamat berpuasa dan selamat beribadah kawan-kawan. Semoga Ramadan kali ini lebih baik berbanding dulu.








1 comment: