Dah 15 Ramadan. Cepat masa berlalu. Teringat zaman kanak-kanak dulu, sekitar tahun 80an-90an.
Bila dah tiba separuh bulan berpuasa biasanya dah beberapa keping kad ucapan Selamat Hari Raya diterima.
Dalam kami empat beradik, saya rasa yang si bongsulah yang paling tak kisah dengan kad raya ni. Cool aje dia. Maybe orang lelaki begitu kot.
Berbeza sungguh dengan kami 3 beradik perempuan ni. Setiap hari ternanti-ternanti akan kehadiran abang posmen. Berbunyi je motor di depan rumah, maka berlarilah kami bertiga menjenguk. Senyum je bila abang posmen hulur berkeping-keping sampul putih.
Kami terus membelek-belek. Ada yang kecil, ada yang sederhana besar. Ada macam-macam gambar. Cantik-cantik semuanya. Kami terus mengasingkan mengikut nama yang tertera. Ada untuk FY, FH dan FZ. Untuk cikgu Yusof? Ada jugak.
Kami bertiga ni sebenarnya berlumba-lumba antara satu sama lain. Kalau boleh setiap masa nak tanya 'Yong dah dapat berapa?'. Lepas tu yong pulak tanya kat adik-adik 'kome dah dapat berapa?'... Hehehe gitulah tiap kali Ramadan.
Ralit mengira kad raya. Berbunga-bunga di hati. Kalau bilangan yang yong terima sedikit berbanding adik-adik, tercabar juga rasanya
Tapi, biasanya FZ lah menang. Dah dia yang paling rajin kirim kad raya, dialah yang paling banyak dapat balasan. Kalau ada yang beri kepada dia, sedangkan dia tak beri pun kad kepada orang tu maka dia akan segera beli kad raya tambahan untuk membalas.
Macam tu lah indahnya Ramadan zaman dahulu. Siap ada pantun lagi :
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas
Sudah baca harap balas
Pecah kaca pecah tong
Sudah baca harap gantung
Sudah baca harap gantung
Tengah syok susun kad tiba-tiba...
"Mana orang yang sapu telur ni?"
"Siapa yang tukang tengok biskut dalam oven? Rentung nanti!"
"Cepat tolong mama tekap tart!"
Haaa...maka berlarilah semula kami semua ke dapur menghadap bancuhan yang ditinggalkan tadi.
Manisnya kenangan lalu🌹🌹🌹


Selamat berpuasa.
ReplyDeleteTerima kasih. Selamat berpuasa juga.
ReplyDelete