Friday, 10 May 2019

Kenangan Ramadan

Ramadan tiba. Kenangan mengusik jiwa.

Kisah zaman kanak-kanak sekitar tahun 80an.

"Yong, tolong mama buat kuih ni"

Kita pun bangun. Tinggalkan bantal. Tinggalkan tv. Menghadap pelbagai bancuhan di dapur.

Dah siap kuih...

"Yong, tolong hantar kuih ke kedai"

Maka, berkayuh la kita ke kedai di tepi parit tu. Melalui kedai runcit yang selalu dipenuhi para pemuda yang melepak. Silap haribulan, kita disakat. 

"Dik, tayar berpusing. Hati-hati"

Hehehe..ntah apa-apa. Kalau tayar tak berpusing, tak bergerak la basikal, kan. So, balik rumah dalam keadaan teresak-esak. Kenapa saya menangis? Entahlah. Saya pun tak faham kenapa saya menangis.

Sekarang ni, sengih sorang-sorang bila teringat kenangan-kenangan tu. Indah!

Tapi, dalam banyak-banyak kerja yang saya kena buat tu...yang paling letih ialah masa buat kuih. Bukan  letih sebab tak bertenaga. Tapi letih melawan nafsu. Inti karipap dan gula melaka pun boleh buat menggigil lapar! Geram je tengok. Rasa nak ngap seketul dua gula melaka tu.

Selamat berpuasa dan selamat beribadah kawan-kawan. Semoga Ramadan kali ini lebih baik berbanding dulu.








Monday, 6 May 2019

Rawatan Gigi Menjelang Ramadan.

Setelah bertahun tak dating dengan dentist, akhirnya Rabu minggu lepas saya menyerah diri. Tapi sedih sebab klinik gigi kesayangan saya tutup memandangkan Rabu tu cuti Hari Pekerja. Maka, terpaksalah saya ke klinik lain.

Itu adalah kali pertama saya ke situ dan...takpelah. Saya tak mahu bercerita panjang. Cukuplah saya katakan ia agak 'menyeramkan' dan 'lucu'. Hehehe..

Yang pelik, sakit gigi yang saya tanggung sejak hari Isnin lenyap tak lama selepas saya tiba di rumah. Disebabkan itu, saya putuskan untuk tidak mulakan pengambilan antibiotik yang diberi (Pandai-pandai je kan)

Ahad, 5 Mei dengan gembiranya saya ke klinik gigi kesayangan saya. Mana lagi kalau bukan Klinik Pergigian Sett. Saya tak kisah pun akan dirawat oleh mana-mana dentist di situ kerana ketiga-tiga mereka saya dah biasa. Dah selesa (Dua lelaki + seorang perempuan). Walaupun ayahnya (dentist paling berusia di situ) pernah cakap kepada saya "Gigi untuk makan, ma. Bukan untuk cabut"...saya tak pernah ambil hati. Hihihi..

Istimewanya klinik ini adalah kerana ketiga-tiga dentist menjelaskan secara terperinci keadaan gigi pesakit dan terperinci juga dijelaskannya segala pilihan yang ada. Maksudnya, kalau pesakit kata nak cabut gigi, mereka tak terus cabut. Sebaliknya, mereka check kesemua gigi(bukan yang sakit je) dan sekiranya gigi yang ingin dicabut tu masih boleh diselamatkan, mereka akan inform kita dan jelaskan apa rawatan yang boleh dibuat. Mereka ni sehabis daya tak mahu pesakit buang gigi sebab banyak kesan tak baik apabila gigi mula dibuang satu-persatu.

Dalam kes saya, dentist maklumkan bahawa gigi saya tak boleh dicabut. Walaupun rasa berdenyut datang sekali-sekala, tetapi apabila gigi tersebut diketuk rasa sakitnya ya amat sangat. Jadi, itu tandanya ada jangkitan kuman di dalam.

"You ingat tak masa you datang dulu untuk cabut tapi you tak rasa kebas walaupun dah bius?"

Of course saya ingat walau dah beberapa tahun berlalu. Pengalaman ngeri! So, itu kesannya jika gigi cuba dicabut semasa jangkitan kuman masih belum clear. Jadi, pilihan yang ada ialah ambil antibiotik dan habiskan.

Saya diperjelaskan dengan options yang ada...yang lebih baik dari membuang gigi tersebut. Katanya, gigi saya masih boleh diselamatkan iaitu dengan membuat rawatan akar. Biasanya 2-3 sesi kalau kita buat rawatan ini. Gigi akan dibersihkan, kuman akan dinyahkan. Selepas tu akan mula repair lubang yang ada. Untuk jaga gigi tersebut crown akan disimenkan dengan gigi. Anggaran kos bagi rawatan ini ialah RM600 untuk 2-3 sesi rawatan + RM1k untuk crown. So, total RM1600.

Pilihan kedua ialah gigi palsu. Ketawa dentist tu bila saya tanya "Kena cabut semua gigi ke untuk buat gigi palsu?"

"Eh, taklah. Kita nak selamatkan gigi. Tak nak buang gigi. Takkanlah kita nak cabut semua gigi pulak untuk buat gigi palsu". Tak berhenti lagi dentist tu ketawa.

Hehehe..terasa amat tidak cerdik soalanku tadi.

Rupanya, gigi palsu ni akan dibuat di kawasan gusi yang dah kehilangan gigi sahaja. Tak semestinya gigi palsu seperti yang saya selalu tengok dalam iklan dan drama di mana ianya gigi palsu yang penuh. Boleh buat bridge juga. Untuk kos gigi palsu ni, RM200 untuk base(gusi palsu) dan RM20 atau RM45 untuk sebatang gigi.

Yang ketiga ialah implan iaitu tanam gigi. Kosnya RM5k.

Telan air liur saya dibuatnya. Betapa mahalnya harga rawatan gigi. Betullah kata orang PREVENTION IS BETTER THAN CURE. Tapi apa nak buat, dah berlaku pun. Nak tak nak kena lalui juga.

"So, doktor suggest yang mana?"

"Rawatan akar". Confident saja dentist tu dan dalam masa yang sama sebelum dia jawab saya memang dah tertarik dengan rawatan akar sebenarnya.

"So, apa yang saya kena buat sekarang?"

"You balik dulu. Habiskan antibiotik. hari ni memang tak boleh cabut. Sementara tu you boleh fikir nak buat rawatan yang mana. Dah habis antibiotik, you datang balik. Kalau nak cabut pun boleh cabut, kalau nak buat rawatan akar boleh set appointment. Clear?"

Sungguh puas hati dengan penjelasan tersebut. Detail sungguh rekod yang ada dalam simpanan mereka sehinggakan semua masalah yang pernah berlaku dulu semuanya ada. Di tambah pula dapat tengok sendiri macamana rupa crown, gigi palsu (ada 3 jenis), bridge dan gigi implan.

Itulah istimewanya mereka bertiga. They educate patient. Rekod patient lengkap. Dan bonusnya ialah pada lembut dan manis wajah mereka bertiga, lembut tutur kata dan friendly. Kita tak rasa takut dan tak serik untuk datang lagi. Oh, lupa pulak. Kos bagi cabut gigi ialah RM60 atau mungkin lebih sedikit bergantung kepada kesukaran mencabut gigi tu.

Ok, kepada yang memerlukan rawatan gigi, boleh rujuk gambar ye.

Klinik Pergigian Sett



Crown



Bridge



Implan


*Gambar dari Google

Sunday, 5 May 2019

Angan-angan Jadi Realiti - Projek Lavender

Dari kecil saya memang amat suka membaca. Novel, majalah, suratkhabar...semua saya baca. Dah semacam satu ketagihan dah.

Menginjak usia remaja, novel menjadi bahan bacaan utama saya. Pada masa tu tulisan Ahadiat Akashah memang nombor 1 di hati. Kagum dengan penulisannya yang berjaya menambat hati. Saya mulai ada keinginan untuk menulis. Manalah tahu nanti boleh bertemu penulis pujaan hati saya tu. Hehehe. Maka, angan-angan menjadi penulis mulai berputik. Makin lama makin kuat.

Masuk tingkatan 4, Bahasa Melayu memang subjek yang saya nanti-nantikan selain dari Matematik dan Lukisan Kejuruteraan. Bila kena tulis karangan, rasa seronok ya amat. Mencurah-curah idea. Tak kisahlah kalau cerita saya tak best pada pandangan orang lain. Yang saya tahu saya seronok. Saya lega bila dapat menulis.

Masa di Shah Alam, angan-angan tu pudar. Entahlah kenapa. Tapi, keinginan untuk memiliki buku sendiri tu kuat semula pada tahun 2011. Ya, mungkin pada masa tu pelbagai ujian besar datang menimpa. Satu-persatu. Memang bertimpa-timpa hingga saya rasa tak tertanggung. Jadi, saya perlu satu cara untuk melepaskan tekanan tu.

Saya mula mengenali Prof. Kamil (Muhd Kamil Ibrahim) melalui buku beliau Bersyukur Saat Diuji. Saya mulai mengumpul buku-buku Prof. Kamil dan isteri beliau, Puan Roza roslan. Sejak itu, angan-angan yang pudar tu mekar kembali.

Mengambil kesempatan adanya Facebook, saya mula follow dan berkawan dengan mereka yang terlibat dalam bidang penulisan pada tahun 2016. Hinggalah tiba suatu hari, saya terlihat iklan pencarian manuskrip oleh Doktor Noor Hayati Yasmin (Dua Penulis PLT)

Tema yang dikehendaki ialah KANSER. Agak berat. Tapi, memandangkan saya ada menyimpan kenangan tentang arwah kakak ipar yang tewas dengan kanser, menyebabkan saya cuba-cuba menulis dan hantar penyertaan.

Alhamdulillah, 1 Januari 2018 saya terima satu e-mail menyatakan bahawa karya saya terpilih untuk diterbitkan. Happy? Dah tentu! Umpama mimpi jadi realiti. Saya tak sangkan angan-angan ketika usia 15 tahun menjadi realiti di ketika usia saya 38 tahun. Syukur atas nikmat dan rezeki tak terduga yang Allah beri. Satu perasaan yang sukar digambarkan bila melihat buku sendiri terpamer di rak buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

Dan, syukur sekali lagi. Buku pertama saya, Projek Lavender telah dianugerahkan Buku Umum Terbaik(Kategori Inspirasi) sempena Anugerah Buku Negara 2019. Walaupun ia adalah buku yang ditulis secara berjemaah(22 orang penulis), ia adalah nikmat yang perlu disyukuri. Saya anggap ia adalah pencetus semangat untuk saya terus melangkah dalam dunia penulisan ini. Semoga saya diredhai dan dibantu Allah dalam setiap urusan. InsyaAllah.


Projek Lavender diterbitkan pada tahun 2018 oleh Dua Penulis PLT.

Cara Cuci Dakwat Marker Pen

Hari ini semasa berjalan-jalan di FB, terjumpa satu petua. Terus teringat satu kejadian masa Afiq kecik dulu.

Di dinding itulah (bawah cermin) dia conteng guna marker pen. Menangis maknya ๐Ÿ˜‚

Masa tu saya cuci dengan macam-macam jenis sabun. Tapi tak hilang. Akhirnya, saya dan suami cat semula dinding tu. Rupanya, ini petua untuk hilangkan kesan dakwat marker pen. Salah rupanya cara saya dulu. Patutlah tak hilang.



Boleh save petua ni ye kawan-kawan buat simpanan sendiri. Manalah tahu, kot anak-anak main cikgu-cikgu nanti๐Ÿ˜

Saturday, 4 May 2019

Kaki Drama - Kamar Kamariah

Aku ingin menjadi sabar seperti Qhalif.
Aku ingin menjadi setabah Kamariah.

Pengakhiran cerita yang sangat banyak pengajaran. Menonton episod akhir drama ini, saya terasa seperti ini adalah teguran dari Allah.

Jadilah insan pemaaf walau kepada insan yang menghancurkan dan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan kita.




Tetaplah berlemah-lembut dan menjaga tutur kata serta perbuatan walau kepada insan yang berlaku zalim terhadap kita.

Watak Kamariah yang dilakonkan oleh Nabila Huda dan Qhalif lakonan Syafie Naswip menyampaikan mesej positif dan nilai kemanusiaan kepada penonton. Mereka seolah-olah berkata 'buatlah begini kepada mereka yang menzalimi kamu', 'maafkan mereka walaupun mereka telah menyakiti kamu sekian lama'. Saya faham didikan yang ingin disampaikan. Tapi, sebagai insan yang lemah, bukan mudah nak lupa segala kesengsaraan yang ditanggung akibat dizalimi terutamanya oleh mereka yang bukan orang asing.

Murad pula (lakonan Fizz Fairuz) sempat menyesali perbuatannya dan bertaubat. Hembusan nafas terakhirnya ketika/sebaik selesai solat. Indahnya pengakhiran seorang insan yang sepanjang kehidupannya asyik bergelumang maksiat dan berlaku zalim kepada isteri dan anak.

Sekali lagi, masih ada drama Melayu yang berbaloi ditonton. Saya akui, saya belajar banyak perkara dari drama ini. Siapa kata drama Melayu semuanya sia-sia? Carilah yang positif, nescaya positiflah yang kita perolehi.






'Tidak penting bagaimana ia bermula kerana pengakhiranlah yang menjadi penentu nasib kita di sana'

Azam Baru Dalam Penulisan

3 tahun blog ini ditinggalkan sepi. Tergelak saya apabila membaca kembali entri-entri yang ada. 

Manakan tidak...saya sendiri rasa terganggu membaca tulisan sendiri akibat ejaan yang dipendekkan. Dan hari ini saya kembali dengan azam untuk menggunakan ejaan penuh. 

Ya, saya dah berubah!

Semoga perubahan ini membawa kebaikan kepada saya dan kita semua. InsyaAllah...

Monday, 2 December 2013

Geraham ku..

Salam..Setelah beberapa minggu  menanggung sakit gigi, akhirnya Jumaat yg lalu tdk tertanggung lagi rasanya...Lalu sy pun menyerah diri kpd sang dentist..Uhhhh...geraham bongsu ku rosak...

Cerita pasal geraham bongsu ni mmg x habis2...Sebabnya ia mula tumbuh ketika saya di tingkatan 5. Sampai demam dibuatnya... Yang x habis2 ceritanya adalah disebabkan tumbuhnya x habis2...x sempurna...Dahla senget...Sikit2 tumbuhnya...tiap kali tu la menanggung sakit...gusi yg luka... Dan disebabkan tumbuhnya senget... Kulit pipi pun selalu ulser sebab tergigit terlalu kerap...

sebaik sang dentist berkata, "Wah...u punya geraham sudah rosak"...dia terdiam umpama memikirkan sesuatu yg sukar utk diperkatakan... Sah... Memang dah jangka..
 "Tapi cabut ini gigi mahal sikit.RM80."
 "Kenapa?"
 "U punya gigi tumbuh senget. Jadi kita kena potong"
Hah??? Degup jantung bertambah laju...Nak balik ke...nak teruskan... Kalau balik...silap haribulan malam nanti x tidur lagi dibuatnya...Silap haribulan...esoknya datang balik menghadap sang dentist.

Ahhh...hadap je la...
"Lama x?"
"Dalam 1/2 jam ke satu jam"
"Wah...lamanya uncle!Eh sorry...sy dh biasa panggil jiran sy uncle"
"xpa..xpa.."

Hahaha...nasib baik tersasul... Boleh bergelak ketawa...Hilang rasa takut...

Maka proses pun bermula... Dan x sampai setengah jam... Lampu pun ditutup.

"Eh..siap ke?X sampai setengah jam pun"
Sang dentist senyum je...
Mesti menakutkan sy je ni...Ishhh...pandai juga uncle ni bergurau ye.

Lalu sy pun melangkah keluar menghala kaunter pembayaran. Walaupun x lama, seriau juga kali ni sbb mesin apa tah sang dentist ni guna di kiri dan kanan sy.Rasanya amat ngilu... Dan ini lah kali pertama sy terpaksa mkn antibiotik setelah cabut gigi... A rare case kot... X pe la. Mkn je la...Yang pasti, tidur mlm sy sekali lagi terganggu kerana sakit akibat pembedahan kecil tu... Namun, alhamdulillah...setelah itu, tidur sy nyenyak... Selamat malam semua :-)