Salam..Setelah beberapa minggu menanggung sakit gigi, akhirnya Jumaat yg lalu tdk tertanggung lagi rasanya...Lalu sy pun menyerah diri kpd sang dentist..Uhhhh...geraham bongsu ku rosak...
Cerita pasal geraham bongsu ni mmg x habis2...Sebabnya ia mula tumbuh ketika saya di tingkatan 5. Sampai demam dibuatnya... Yang x habis2 ceritanya adalah disebabkan tumbuhnya x habis2...x sempurna...Dahla senget...Sikit2 tumbuhnya...tiap kali tu la menanggung sakit...gusi yg luka... Dan disebabkan tumbuhnya senget... Kulit pipi pun selalu ulser sebab tergigit terlalu kerap...
sebaik sang dentist berkata, "Wah...u punya geraham sudah rosak"...dia terdiam umpama memikirkan sesuatu yg sukar utk diperkatakan... Sah... Memang dah jangka..
"Tapi cabut ini gigi mahal sikit.RM80."
"Kenapa?"
"U punya gigi tumbuh senget. Jadi kita kena potong"
Hah??? Degup jantung bertambah laju...Nak balik ke...nak teruskan... Kalau balik...silap haribulan malam nanti x tidur lagi dibuatnya...Silap haribulan...esoknya datang balik menghadap sang dentist.
Ahhh...hadap je la...
"Lama x?"
"Dalam 1/2 jam ke satu jam"
"Wah...lamanya uncle!Eh sorry...sy dh biasa panggil jiran sy uncle"
"xpa..xpa.."
Hahaha...nasib baik tersasul... Boleh bergelak ketawa...Hilang rasa takut...
Maka proses pun bermula... Dan x sampai setengah jam... Lampu pun ditutup.
"Eh..siap ke?X sampai setengah jam pun"
Sang dentist senyum je...
Mesti menakutkan sy je ni...Ishhh...pandai juga uncle ni bergurau ye.
Lalu sy pun melangkah keluar menghala kaunter pembayaran. Walaupun x lama, seriau juga kali ni sbb mesin apa tah sang dentist ni guna di kiri dan kanan sy.Rasanya amat ngilu... Dan ini lah kali pertama sy terpaksa mkn antibiotik setelah cabut gigi... A rare case kot... X pe la. Mkn je la...Yang pasti, tidur mlm sy sekali lagi terganggu kerana sakit akibat pembedahan kecil tu... Namun, alhamdulillah...setelah itu, tidur sy nyenyak... Selamat malam semua :-)
Monday, 2 December 2013
Thursday, 21 November 2013
FACEBOOK after DEATH
Hampir seminggu pemergian kakak, sy menerima panggilan telefon dr suaminya yang memohon bantuan sy n suami utk menutup akaun FB arwah kakak. Errr...camane ye?Mcm x tahu jeee.
Jenuh sy n Ayus mencuba mcm2 cara...tp rumit n x berhasil pun.Akhir nya sy mohon bantuan dr rakan2 FB...dan berjaya akhirnya...Alhamdulillah...X susah pun cuma ada borang yg perlu diisi secara on9 ke FB n had to upload death cert.
Keesokan pg nya, Ayus maklumkan bhw FB acc kakak...oppsss arwah kakak(belum biasa menyebut 'arwah kakak') dah tiada...Syukur...sekurang2nya sy dpt bntu kakak walaupun setelah ketiadaannya.Tiada rasa ralat lebih2 lg sepanjang kakak terlantar,setiap minggu tanpa gagal kami bergilir2 menjaga kakak.Suapkan makanam minuman,ubat,tukar diaper,bantu nurse membersihkan najis dll.Syukur...Allah memberi sy n kami semua kekuatan utk menjaga kebajikan kakak sehingga hujung hayatnya...Cuma satu...sy rasa seolah2 kakak masih bersama kami...Yg menyedarkan sy akan hakikat kematian kakak adalah apabila hujung minggu kami bkn lagi di hospital.
Allah...Kau tempatkanlah kakak ku dikalangan hambaMu yg beriman...Ampunkanlah sgl dosanya, Terimalah sgl taubatnya. Permudahkanla sgl urusannya disana...Amin...:(
Jenuh sy n Ayus mencuba mcm2 cara...tp rumit n x berhasil pun.Akhir nya sy mohon bantuan dr rakan2 FB...dan berjaya akhirnya...Alhamdulillah...X susah pun cuma ada borang yg perlu diisi secara on9 ke FB n had to upload death cert.
Keesokan pg nya, Ayus maklumkan bhw FB acc kakak...oppsss arwah kakak(belum biasa menyebut 'arwah kakak') dah tiada...Syukur...sekurang2nya sy dpt bntu kakak walaupun setelah ketiadaannya.Tiada rasa ralat lebih2 lg sepanjang kakak terlantar,setiap minggu tanpa gagal kami bergilir2 menjaga kakak.Suapkan makanam minuman,ubat,tukar diaper,bantu nurse membersihkan najis dll.Syukur...Allah memberi sy n kami semua kekuatan utk menjaga kebajikan kakak sehingga hujung hayatnya...Cuma satu...sy rasa seolah2 kakak masih bersama kami...Yg menyedarkan sy akan hakikat kematian kakak adalah apabila hujung minggu kami bkn lagi di hospital.
Friday, 15 November 2013
Kau pergi jua, kakak...
Tanggal 12 November merupakan tarikh penuh bermakna kerana pd tarikh itu lah mama dilahirkan. Mama...merupakan insan istimewa yg sering berada di sisi sy pd bila2 masa shj diperlukan. Sehingga kini, setelah sy bergelar isteri & mama kpd cahaya mata sy, Afiq, mama tetap berada di sisi. Betapa beruntungnya sy
Namun, 12 November yg lalu merupakan tarikh yg jauh lebih bermakna kerana kakak ipar sy yg telah terlantar lebih kurang 4 bulan melawan penyakit kansernya telah pergi menghadap penciptanya.
Pada pagi itu, panggilan telefon dr suami sy bukanlah satu panggilan yg sy tunggu kerana tdk ada perkara penting utk kami bincangkan melalui telefon. Maka sebaik telefon berbunyi dan nama serta gambar suami terpapar di skrin telefon, hati rasa gundah. Benar seprti yg dijangka. Perkhabaran itu yg disampaikan suami.
Selang beberapa minit kemudian, satu lagi panggilan telefon sy terima. Suara yg bergetar dihujung talian cukup utk menggambarkan betapa dia berat utk menerima pemergian kakak.
Namun, semua telah dijangka memandangkan kakak telah beberapa hari tidak boleh makan & minum secara normal. Kakak juga telah beberapa hari tidak sedar. Hujung minggu dimana sy berada di hospital, tidak sedikit [pun suara kakak kedengaran. Semua ini berlaku setelah kakak diserang sawan pd Rabu, 16 November, hari pertama anak-anak didik sy berada di medan pertempuran SPM.
Serta merta sakit gigi yg st tanggung sejak beberapa hari itu hilang. Air mata bergenang namun sy berjaya menahannya dari tumpah. Alhamdulillah.
Jenazah kakak diuruskan sepenuhnya oleh pihak hospital. Setelah itu, dibawa pula ke kediaman mentuanya. Setibanya sy di sana, sy benar2 tdk dpt menahan sebak melihat tubuh itu terbujur kaku...tidak lagi bernyawa. Bertambah sebak melihat anak2nya yg bermain berkejaran tidak memahami erti sebenar sebuah kematian.
Sebelum masuknya Asar, jenazah kakak selamt tiba di masjid utk solat jenazah. Dan sekitar 6 petang, segalanya selesai. Alhamdulillah... Syukur Ya Allah. Engkau telah permudahkan urusan pengkebumiannya.
Al-Fatihah buat kakak. Semoga kakak tenang disana & ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman.

Tuesday, 22 October 2013
Kakak gagal beri respon.
Salam.
Di kala ini, hati rasa resah. SMS dr abah cukup utk membuatkan sy & suami x senang duduk. Abah minta kami bacakan yasin utk kakak krn kakak nampak spt nak nazak.
Kakak x mkn, x minum, x bercakap, x mkn ubat dan mata tertutup rapat sejak jam 11 pagi td.Namun dia masih bernafas.
Allah..Allah..Allah...
Bantulah kakak ipar ku Ya Allah.
Ringankanlah penderitaannya Ya Allah.
Kurniakan dia & kami kekuatan Ya Allah.
Permudahkanlah segala urusannya Ya Allah.

Monday, 21 October 2013
"Kami minta maaf, pakcik..."
"Kami minta maaf, pakcik... Sampai sini shj yg dpt kami bantu..."
"Berapa lama dia dpt bertahan doktor?
...
...
...
Allah..Allah..Allah...
Para doktor telah membuat keputusan bahawa kakak boleh dibawa balik setelah ucapan maaf berkali-kali dari mereka.
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...
Ya Allah...Kurniakan lah kekuatan kepada kakak agar dia dpt melawan penyakitnya.
Ya Allah...Kurniakan lah kami kekuatan agar kami redha dgn sgl ketetntuanMu.
Dari Allah kita datang.
KepadaNya jualah kita kembali...
Thursday, 10 October 2013
Sudah jatuh ditimpa tangga...
Salam.
Dugaan datang bertimpa-timpa... Benar-benar menguji kesabaran.
Sehari selepas kakak dimasukkan ke hosp, kereta Waja milik abah hilang di kawasan hospital. Keesokan harinya pula, kereta mertua kakak terbakar. Allahuakbar...
Kini, pd hari ini, di saat ini, kereta Myvi milik sy pula rosak. Dikala entri ini ditulis, sy sdg menunggu afiq makan dan selepas ini akan kembali ke tempat kereta rosak td utk mengambil suami yg menunggu pomen di situ. Astaghfirullah...

Allah sedang menduga mu...kakak..
Salam pertemuan.
Alhamdulillah...setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kpd yg Maha Berkuasa kerana telah mengizinkan sy utk kembali menulis di blog yg telah hampir setahun sy tinggalkan....
Di tika ini, hati sy benar-benar tersentuh, sedih & pelbagai perasaan yg tdk dpt sy gambarkan. Mutiara jernih itu amat mudah mengalir secara sedar atau tidak.
Dikala diri sendiri menanggung rasa sakit yg amat sgt & ditambah dengan tindak balas mereka yg ada disekeliling sy yg adakalanya merentap semangat yg susah payah dibina, sy tiba2 menjadi seorang yg agak sensitif.
Kakak...
Kakak...
Kakak...
Sy tidak punya kakak krn sy lah kakak. Satu-satunya kakak yg sy ada adalah kakak ipar sy yg kini sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser.
Setahun yg lalu, kakak disahkan mengidap kanser payudara tahap 3. Kegembiraan kami sekeluarga direntap. Namun, setelah pelbagai usaha dibuat, kakak disahkan bebas dr penyakit itu. Alhamdulillah.
Namun, Ramadhan 2013 yg dinantikan bertukar kelam. Kakak diserang strok yg menyebabkan anggota tubuh bahagian kirinya menjadi lemah. Dalam keadaan kakak yg sedang mengandung, keadaannya ketika itu amat memilukan. Kakak ditahan di hosp.
Kakak terlantar sejak itu. Dari hospital, kakak dijaga oleh mak abah (mentua sy) di rumah.
Di pagi 1 Syawal, kakak menghantar pesanan SMS kpd kami ; sy & suami dan adik2 serta iparnya yg lain. Kakak mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian kami menjaga & membantunya yg kini hilang upaya. Kakak juga memohon maaf kerana Syawal kali ini bukanlah Syawal yg terindah. Empangan mutiara jernih itu pecah jua.
3 September, 1 pagi, kakak dikejarkan ke hospital akibat kegagalan fungsi rahang yg menyebabkan kakak tidak dapat membuka mulutnya. Dalam kesakitan, sy gagahkan diri menuruti suami ke hospital pd keesokan harinya, berpura-pura gagah di hadapan mak, abah dan kakak.
7 September, baby dlm kandungan kakak yg baru berusia 6 bln lebih dipaksa keluar melihat dunia sblm wkt utk memberi laluan kpd para doktor membuang ketumbuhan di kepala kakak. Pembedahan terpaksa dicepatkan dr tarikh asal apabila kakak gagal memberi respon kpd org kelililng. Allahuakbar.
8 September, sy menggagahkan diri melawat kakak di ICU. Allah..Allah..Allah..Kakak kelihatan berbeza benar. Empangan air mata sy dan suami pecah lagi.
14 September, kakak menjerit apabila kaki kanannya disentuh. Hati berasa tidak sedap. Keesokan harinya, ditakdirkan menjadi rezeki sy dan suami apabila doktor yg merawat kakak kelihatan di katil kakak. Lalu doktor menunjukkan imej scan bahagian pinggang ke kaki kakak. Tulang patah! Menurut doktor, mungkin kesan kanser yg menyebabkan tulang kakak menjadi rapuh dan patah dgn hanya tekanan lembut. Allahuakbar.
Mendengar erangan dan jeritan kakak tiap kali dalam keadaan sedar dan pd tiap kali diaper ditukar benar2 meruntun hati sesiapa sahaja yg mendengar. Bukan shj kami, ahli keluarganya...malah pelawat2 lain yg melawat pesakit lain turut menitiskan air mata. Keadaan itu menyebabkan morfin disuntik bila perlu... Bukan lagi 4 jam sekali. Allah...ringankan ujian nya Ya Allah. Kurangkanlah kesakitannya Ya Allah.
Sewaktu anak-anak kakak, Damia 5, Nabiha 3 & Muaz 2 dibawa melawat kakak atas permintaan kakak dan kebenaran doktor, suasana amat memilukan. Abah kelihatan bungkam... Kakak sempat berpesan pd anak-anaknya supaya berkelakuan baik. Kakak juga berkali-kali menyebut "A'a..mama sayang A'a..."... Sayu...Pilu... Apakah nasib keempat-empat anak kakak? Hanya Allah mengetahui.
Kelmarin, abah menghantar pesanan SMS kpd kami semua, anak menantunya. Doktor memaklumkan hasil dr ujian MRI yg dijalankan pd ketika sy dan suami berada bersama kakak mendapati bahawa sel-sel kanser telah merebak ke merata tubuh badan termasuk tulang belakang dan hati. Rentetan itu, sebarang pembedahan termasuk implan yg telah dirancang dibatalkan kerana ianya membahayakan kakak. Doktor juga memaklumkan bahawa mereka tidak dpt memastikan berapa lama kakak dpt bertahan. Dan doktor juga berpesan kpd abah utk memaklumkan keadaan itu kpd kakak... Allah..Allah..Allah... Allahuakbar. Kami harus bersedia... Ya...bersedia menghadapi sebarabg kemungkinan...
Allah.. kurniakan kakak kekuatan utk melawan rasa sakitnya...
Allah.. kurniakan kami kekuatan agar kami sabar, redha, bersyukur dalam menghadapi segala ujian Mu...

Subscribe to:
Comments (Atom)