Tuesday, 22 October 2013

Kakak gagal beri respon.

Salam.
Di kala ini, hati rasa resah. SMS dr abah cukup utk membuatkan sy & suami x senang duduk. Abah minta kami bacakan yasin utk kakak krn kakak nampak spt nak nazak.

Kakak x mkn, x minum, x bercakap, x mkn ubat dan mata tertutup rapat sejak jam 11 pagi td.Namun dia masih bernafas.

Allah..Allah..Allah...
Bantulah kakak ipar ku Ya Allah.
Ringankanlah penderitaannya Ya Allah.
Kurniakan dia & kami kekuatan Ya Allah.
Permudahkanlah segala urusannya Ya Allah.



Monday, 21 October 2013

"Kami minta maaf, pakcik..."

"Kami minta maaf, pakcik... Sampai sini shj yg dpt kami bantu..."
"Berapa lama dia dpt bertahan doktor?
...
...
...
Allah..Allah..Allah...
Para doktor telah membuat keputusan bahawa kakak boleh dibawa balik setelah ucapan maaf berkali-kali dari mereka.

Allahuakbar...
Allahuakbar...
Allahuakbar...

Ya Allah...Kurniakan lah kekuatan kepada kakak agar dia dpt melawan penyakitnya.
Ya Allah...Kurniakan lah kami kekuatan agar kami redha dgn sgl ketetntuanMu.

Dari Allah kita datang.
KepadaNya jualah kita kembali...

Thursday, 10 October 2013

Sudah jatuh ditimpa tangga...

Salam.

Dugaan datang bertimpa-timpa... Benar-benar menguji kesabaran.

Sehari selepas kakak dimasukkan ke hosp, kereta Waja milik abah hilang di kawasan hospital. Keesokan harinya pula, kereta mertua kakak terbakar. Allahuakbar...

Kini, pd hari ini, di saat ini, kereta Myvi milik sy pula rosak. Dikala entri ini ditulis, sy sdg menunggu afiq makan dan selepas ini akan kembali ke tempat kereta rosak td utk mengambil suami yg menunggu pomen di situ. Astaghfirullah...

Allah sedang menduga mu...kakak..

Salam pertemuan.
Alhamdulillah...setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kpd yg Maha Berkuasa kerana telah mengizinkan sy utk kembali menulis di blog yg telah hampir setahun sy tinggalkan....

Di tika ini, hati sy benar-benar tersentuh, sedih & pelbagai perasaan yg tdk dpt sy gambarkan. Mutiara jernih itu amat mudah mengalir secara sedar atau tidak.

Dikala diri sendiri menanggung rasa sakit yg amat sgt & ditambah dengan tindak balas mereka yg ada disekeliling sy yg adakalanya merentap semangat yg susah payah dibina, sy tiba2 menjadi seorang yg agak sensitif.

Kakak...

Kakak...

Kakak...

Sy tidak punya kakak krn sy lah kakak. Satu-satunya kakak yg sy ada adalah kakak ipar sy yg kini sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser.

Setahun yg lalu, kakak disahkan mengidap kanser payudara tahap 3. Kegembiraan kami sekeluarga direntap. Namun, setelah pelbagai usaha dibuat, kakak disahkan bebas dr penyakit itu. Alhamdulillah.

Namun, Ramadhan 2013 yg dinantikan bertukar kelam. Kakak diserang strok yg menyebabkan anggota tubuh bahagian kirinya menjadi lemah. Dalam keadaan kakak yg sedang mengandung, keadaannya ketika itu amat memilukan. Kakak ditahan di hosp.

Kakak terlantar sejak itu. Dari hospital, kakak dijaga oleh mak abah (mentua sy) di rumah.

Di pagi 1 Syawal, kakak menghantar pesanan SMS kpd kami ; sy & suami dan adik2 serta iparnya yg lain. Kakak mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian kami menjaga & membantunya yg kini hilang upaya. Kakak juga memohon maaf kerana Syawal kali ini bukanlah Syawal yg terindah. Empangan mutiara jernih itu pecah jua.

3 September, 1 pagi, kakak dikejarkan ke hospital akibat kegagalan fungsi rahang yg menyebabkan kakak tidak dapat membuka mulutnya. Dalam kesakitan, sy gagahkan diri menuruti suami ke hospital pd keesokan harinya, berpura-pura gagah di hadapan mak, abah dan kakak.

7 September, baby dlm kandungan kakak yg baru berusia 6 bln lebih dipaksa keluar melihat dunia sblm wkt utk memberi laluan kpd para doktor membuang ketumbuhan di kepala kakak. Pembedahan terpaksa dicepatkan dr tarikh asal apabila kakak gagal memberi respon kpd org kelililng. Allahuakbar.

8 September, sy menggagahkan diri melawat kakak di ICU. Allah..Allah..Allah..Kakak kelihatan berbeza benar. Empangan air mata sy dan suami pecah lagi.

14 September, kakak menjerit apabila kaki kanannya disentuh. Hati berasa tidak sedap. Keesokan harinya, ditakdirkan menjadi rezeki sy dan suami apabila doktor yg merawat kakak kelihatan di katil kakak. Lalu doktor menunjukkan imej scan bahagian pinggang ke kaki kakak. Tulang patah!  Menurut doktor, mungkin kesan kanser yg menyebabkan tulang kakak menjadi rapuh dan patah dgn hanya tekanan lembut. Allahuakbar.

Mendengar erangan dan jeritan kakak tiap kali dalam keadaan sedar dan pd tiap kali diaper ditukar benar2 meruntun hati sesiapa sahaja yg mendengar. Bukan shj kami, ahli keluarganya...malah pelawat2 lain yg melawat pesakit lain turut menitiskan air mata. Keadaan itu menyebabkan morfin disuntik bila perlu... Bukan lagi 4 jam sekali. Allah...ringankan ujian nya Ya Allah. Kurangkanlah kesakitannya Ya Allah.

Sewaktu anak-anak kakak, Damia 5, Nabiha 3 & Muaz 2 dibawa melawat kakak atas permintaan kakak dan kebenaran doktor, suasana amat memilukan. Abah kelihatan bungkam... Kakak sempat berpesan pd anak-anaknya supaya berkelakuan baik. Kakak juga berkali-kali menyebut "A'a..mama sayang A'a..."... Sayu...Pilu... Apakah nasib keempat-empat anak kakak? Hanya Allah mengetahui.

Kelmarin, abah menghantar pesanan SMS kpd kami semua, anak menantunya. Doktor memaklumkan hasil dr ujian MRI yg dijalankan pd ketika sy dan suami berada bersama kakak mendapati bahawa sel-sel kanser telah merebak ke merata tubuh badan termasuk tulang belakang dan hati. Rentetan itu, sebarang pembedahan termasuk implan yg telah dirancang dibatalkan kerana ianya membahayakan kakak. Doktor juga memaklumkan bahawa mereka tidak dpt memastikan berapa lama kakak dpt bertahan. Dan doktor juga berpesan kpd abah utk memaklumkan keadaan itu kpd kakak... Allah..Allah..Allah... Allahuakbar. Kami harus bersedia... Ya...bersedia menghadapi sebarabg kemungkinan...

Allah.. kurniakan kakak kekuatan utk melawan rasa sakitnya...
Allah.. kurniakan kami kekuatan agar kami sabar, redha, bersyukur dalam menghadapi segala ujian Mu...