Alhamdulillah...sgt2 gembira & berbesar hati apabila dpt memiliki buku ini setelah jenuh kesana kemari dan berulang kali ke Pustaka Syafi Kuala Kangsar. Pergi sekali xde. Pergi lagi...xde juga... Tp pergi juga utk kali ke-3 dan seterusnya krn yakin buku ni ada di kedai tu sbb buku2 lain oleh Muhd Kamil Ibrahim ni ada kat kedai tu. Akhirnya.. kelmarin... rasa mc nk melompat kat dlm Pustaka Syafi tu bila nampak buku ni. Mmg tersengih sy kat kedai tu... X tau le ada yg perasan ke tak.
Apa istimewanya buku ni? Sangat istimewa dan terlalu istimewa. Knp? Kerana buku ini benar2 telah berjaya membuka minda sy dan yg paling penting...ia telah mengubah persepsi sy dlm memahami dan menerima ujian yg sedang sy lalui.
Penulis bnyk mendidik pembaca secara lembut dan halus melalui penulisannya. Benar... Seseorang yg sedang melalui ujian tdk blh dilayan dgn kasar kerana kekasaran juga yg akan dibalas akibat emosi yg tdk stabil ekoran ujian tersebut. Pendekatan secara lembut dan halus adalah paling tepat kerana pd ketika dilanda ujian, hati seseorang menjadi terlalu sensitif. Kelembutan akan meninggalkan kesan mendalam pd hati mereka yg sedang dilanda ujian.
Hal-hal keagamaan juga bnyk disentuh secara tdk langsung yg pd hemat sy objektifnya adalah utk berdakwah kpd para pembaca. Bnyk juga hal ehwal agama yg sy x pernah tahu sblm ni tp dpt sy pelajari dr buku ini.
Membaca buku ini terasa amat santai. Penulis mmg bijak bermain dgn bahasa. UJIAN atau MUSIBAH adalah satu perkara yg amat BERAT utk dihadapi, dilalui dan ditanggung tetapi penulis berjaya membuang rasa sedih, gelisah, gundah gulana yg sy hadapi. Terasa amat tenang. Dan akhirnya sy sedar, ujian yg Allah anugerahkan buat sy ini, hanyalah utk insan2 terpilih. Dan penulis berjaya membuatkan sy rasa bertuah kerana menjadi insan terpilih ini... Sukar utk sy gambarkan dgn kata2 ttg keistimewaan buku ini. Ianya terlalu istimewa. Kerana itu sy bertekad utk memiliki buku ini walaupun sy telahpun membaca buku ini terlebih dahulu. Tujuannya hanya satu...supaya sy dpt membacanya berulang-ulang kali. Sy benar2 berharap agar sy dpt menjadi seorang manusia yg sentiasa positif dalam pemikiran, perbuatan, tindakan, percakapan dan segala-galanya kerana sy sedar kini...hanya dgn menjadi POSITIF masalah sy akan selesai.
POSITIF sgt berkait rapat dengan REDHA dan TAWAKAL. Krn itu setiap manusia yg diuji perlu kembali ke jalan Allah dan kerana itu sy amat bersyukur kerana dipilihNya utk menerima ujian ini. Alhamdulillah. Satu demi satu hikmahnya telah sy rasai...walaupun Allah belum izinkan sy utk sembuh sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sy mampu bertahan. Alhamdulillah.








.jpg)


